Artikel

Cetak

Pengambilan contoh tanah untuk menilai kesuburan

 

PENGAMBILAN CONTOH TANAH UNTUK
MENILAI KESUBURAN

 

Penganalisaan tanah adalah penting terutama sekali dalam usaha menilai kesuburan tanah dan seterusnya untuk membuat syor-syor pembajaan atau pengapuran.

Dalam sesuatu penganalisaan tanah, langkah pertama dan yang paling mustahak ialah bagaimana contoh-contoh tanah itu sendiri diambil. Ini adalah penting kerana sesuatu keputusan hasil penganalisaan tanah tidak akan memberikan apa-apa makna dan juga tidak akan memberikan gambaran yang sebenarnya jika cara pengambilan contoh tanah tidak dilakukan dengan betul.

Bila patut dilakukan pengambilan contoh tanah?

Masa yang baik untuk mengambil contoh tanah ialah dalam keadaan cuaca yang baik dan bukan pada musim hujan lebat atau kemarau.

Bagaimana cara mengambil contoh tanah?

Bahagikan kawasan ladang kepada beberapa lot. Suatu lot yang dibahagikan haruslah menggambarkan keadaan yang seragam samada mengikut cerun, saliran, tekstur tanah, kedalaman tapisan tanah, pembajaan ataupun sejarah penanaman kawasan yang berkenaan. Tiap-tiap lot yang telah dibahagikan hendaklah tidak melebihi 4 hektar.

Untuk tiap-tiap lot yang telah dibahagikan, ambil contoh tanah pada 10 tempat. Tempat-tempat ini mestilah terdapat merata di keseluruhan kawasan lot dan jarak tempat-tempat itu di antara satu sama lain mestilah lebih kurang sama. Untuk tiap-tiap tempat contoh tanah diambil:-

  • Buangkan segala sampah sarap atau batu-batu yang terdapat di atas permukaan tanah.
  • Galikan tanah dengan menggunakan auger pada dua paras kedalaman iaitu 0-15 cm dan 15-30 cm untuk tanaman berakar cetak.
  • Masukkan tanah yang telah diambil pada kedua-dua kedalaman tadi ke dalam dua buah baldi plastik yang berasingan iaitu stu untuk contoh tanah dari kedalaman 0-15 cm dan satu lagi untuk kedalaman 15 - 30 cm.
  • Campurkan kesemua contoh tanah dari 10 tempat-tempat tadi bagi kedua-dua ke dalaman secara berasingan dan gaulkan dengan tangan supaya menjadi samarata.
  • Kemudian pindahkan sebanyak 1 kilogram contoh tanah bagi kedua-dua kedalaman itu ke dalam beg-beg kanvas yang berasingan yang mempunyai lapisan plastik di dalamnya dan tandakan.
  • Contoh-contoh tanah yang diambil hendaklah jauh dari pagar, parit, jalan, bangunan, longgokan kompos atau baja, kawasan membakar sampah serta lain-lain benda yang dapat mempengaruhi hasil penganalisaan contoh tanah tersebut.
  • Bagi kawasan yang pernah diusahakan dengan tanaman yang ditanam dalam bentuk baris, dan pembajaan pula, pernah dilakukan, contoh tanah haruslah diambil di kawasan antara barisan.

 

Kembali ke Senarai Infotani & Teknologi

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS