Artikel

Cetak

Berita & Aktiviti Daerah Perak Tengah

alt

 

PROGRAM TINJAUAN TEKNIKAL JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA KE PERAK TENGAH

Perak Tengah,Rabu 6 April 2011 jam 11.00 pagi – Satu rombongan seramai 66 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan ahli Puspanita dari Jabatan Pertanian Putrajaya yang diketuai oleh Datin Norizan Bt Hassan telah melawat projek IAT didaerah Perak Tengah. Destinasi pertama rombongan ini telah dibawa melawat ke kilang Roti Segar di Changkat Cermin. Disitu rombongan ini telah diberi taklimat oleh Pengarah Eksekutifnya iaitu En Fitri Zahadi Bin Mew Hamzah berkenaan operasi syarikat ini. Disampingan itu juga rombongan ini telah ditunjukkan demonstrasi membuat kek ising.
Destinasi kedua rombongan ini telah dibawa melawat ke Projek Bahulu Pn Aishah Bt mahmud di Kg Teluk Kepayang, Bota kiri. Disamping melawat ahli-ahli rombongan ini juga berkesempatan memborong produk-produk IAT keluaran daerah Perak Tengah.
Akhir sekali rombongan ini dibawa melawat ke dusun durian Pn Normah dan dijamu dengan pulut durian.


HANDS ON TANAMAN KELAPA MATAG DI DEWAN ORANG RAMAI KG PASIR GAJAH, PARIT

Kampong Pasir Gajah,Jumaat 18 Mac 2011 jam 3.00 petang – Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Pasir Gajah telah diadakan majlis penyerahan kelapa matag anjuran JKKK Kg Pasir Gajah. Anak pokok kelapa matag telah disumbangkan oleh YB Parlimen Parit iaitu YB Nizar Bin Hj Zakaria. Seramai 109 orang peserta telah telibat yang merangkumi semua rumah di kampung ini dengan slogan "1 Pokok Kelapa 1 Rumah". Dengan adanya pokok kelapa ini disasarkan peserta dapat meningkatkan pendapatan dan industri kampung kerana kerana mereka bercadang unutk mewujudkan pusat jualan santan dan pemprosesan minyak kelapa dara.

Majlis ini dihadiri oleh Pen Pegawai Pertanian En Mustaffa Bin Yeob Zainuddin dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit YB Nizar Bin Hj Zakaria. Tutur hadir ialah YB ADUN Dato' Zaim Bin Hj Abu Hasan. Hands-On cara dan teknik penanaman kelapa telah disampaikan oleh En Sahrom Bin Adam Pembantu Pertanian daerah Perak Tengah.


MAJLIS AKUJANJI PESERTA MMPPPN 2009

 

KAMPONG GAJAH 18 OGOS 2010 – Majlis akujanji peserta Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan (MMPPPN) tahun 2009 telah diadakan di bilik gerakan pejabat daerah dan tanah Kampong Gajah pada jam 9.00 pagi. Kesemuanya terdiri daripada 15 peserta individu dan 4 peserta kumpulan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Noorazmi bin Yahya Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah.


HARI LADANG DAERAH PERAK TENGAH

CEMPAKA SARI PARIT 15 Julai 2010 – Majlis perasmian Hari Ladang & Pelancaran Kempen Meningkatkan Hasil Padi kepada 6 mt / ha telah diadakan di Dataran Cempaka Sari, Parit dan dirasmikan oleh YB Adun Kawasan Blanja, Dato' Hj Mohd Zaim bin Hj Abu Hasan (jam 11.00 pagi).

TEMA SAMBUTAN HARI LADANG

Hari Ladang tahun ini memberi fokus kepada tanaman padi. Ini adalah kerana hasil pengeluaran padi bagi Kawasan Luar Jelapang Daerah Perak Tengah (3,160 ha dgn 725 petani ), secara puratanya masih rendah, iaitu 4 mt / ha. Jika diperincikan lagi Kawasan Pengairan Parit, Senin & Pendiat, purata hasil padi adalah sekitar 3 mt / ha. Jika hasil padi rendah, sudah tentu pendapatan pesawah juga turut rendah ! Maka adalah menjadi tanggongjawab pihak Jabatan Pertanian merangka gerak kerja untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pesawah.

MANFAAT AKTIVITI INI KEPADA PETANI & ORANG AWAM

  • Pendedahan kepada maklumat/ teknologi pertanian terkini, mengenai halatuju, strategi, usaha-usaha, bantuan-bantuan dan sokongan-sokongan yg disediakan oleh agensi-agensi & Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, khususnya dalam Industri Tanaman Padi.
  • Peluang mendapat maklumat terkini mengenai Pelan DJBM, di mana insentif-insentif disediakan oleh pihak kerajaan, yg dapat dimanfaatkan oleh pengusaha pertanian.
  • Dapat menambah minat dan usaha untuk menceburi bidang pertanian & industri asas tani melalui pendedahan kepada contoh-contoh petani / usahawan yg telah berjaya.
  • Dapat meningkatkan keyakinan bahawa pertanian adalah satu bentuk perniagaan yang menguntungkan.
  • Peluang untuk memberi maklumbalas kepada agensi-agensi / Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, mengenai dasar, usaha, bantuan dan program-program yang dijalankan untuk masyarakat tani.

 


HANDS ON DOKONG DAN CANTASAN LIMAU DAERAH PERAK TENGAH

PADANG KANGAR 28 April 2010 – Latihan hands on kepada pegawai-pegawai pengembangan daerah Perak Tengah telah dijalankan bagi memantapkan lagi kemahiran teknikal dalam proses pemindahan teknologi kepada petani-petani didaerah ini.


LAWATAN PEMANTAUAN TIMBALAN PENGARAH PTIF KE DAERAH PERAK TENGAH

8 April 2010 – Lawatan pemantauan oleh Timbalan Pengarah PTIF dan rombongannya dari Putrajaya ke projek tanaman cendawan Kampong Pasir Gajah, Blanja dan projek perataan sawah Kelompok Padi Kampong Padang Marhom, Bota. Lawatan ini turut disertai oleh K/U PTIF Titi Gantung dan pegawai-pegawai pengembangan jabatan pertanian daerah Perak Tengah.

KURSUS HANDS-ON TANAMAN KELAPA PANDAN

BOTA, 7 April 2010 – Kursus hands-on Tanaman Kelapa bagi pegawai-pegawai pengembangan Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah telah diadakan dipetak demontrasi tanaman kelapa pandan di Kampong Selat Bota Kanan. Kursus ini dianjurkan bersama dengan Cawangan PTIF Titi Gantong.

 

LAWATAN J/KUASA BUMI HIJAU PKT KEBANGSAAN

BOTA, 24 Feb 2010 - Satu lawatan oleh Jawatankuasa Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan (Jabatan Pertanian dan Agensi) telah dilakukan pada hari ini di SMK Dary, Bota bagi meninjau kemajuan pelaksanaan program bumi hijau Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Ipoh dari 23hb hingga 24hb Februari 2010. Lawatan diketuai oleh En Nordin Bin Mohammad (Bahagian Hortikultur, Putrajaya) diiringi oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) Negeri Perak serta Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).

 

KURSUS MEMBUAT PAU

PADANG KANGAR PARIT, 11 FEB 2010 – Seksyen IAT Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah telah menganjurkan satu kursus membuat pau bertempat di Pusat Aprentis Pejabat Pertanian Padang Kangar Parit bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan didalam bidang memproses makanan berasaskan sejukbeku. Ini memandangkan permintaan makanan berasaskan sejukbeku adalah menggalakan dewasa ini.

GOTONG ROYONG MEMASANG SARANG BPJ

LAMBOR KIRI TELUK SENA, 10 FEB 2010 – Petani Kelompok Padi Teluk Sena dan pegawai –pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah telah menjalankan kerja-kerja gotong royong memasang sarang burung pungguk jelapang (BPJ) sebagai salah satu elemen kepada kawalan perosak secara bersepadu dikawasan jelapang padi di daerah ini.

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS