Artikel

Cetak

Arkib Berita

GP JORAN DI LENGGONG

GERIK 11 Disember 2010 - GP JORAN telah diadakan di Tasik Raban Lama Lenggong dengan dirasmikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Program berjalan selama 2 hari. Kehadiran pengunjung dan peserta pancing amat menggalakkan. Ahli Parlimen Lenggong bercadang untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan.

Dalam ucapan perasmian telah menyentuh berkaitan projek TKPM Jabatan Pertanian dan Program Agrovalley Lenggong. Kedua-dua program ini mendapat perhatian serius daripada Menteri Pertanian dan akan diberikan perhatian khusus dalam proses menjayakannya nanti.

Jabatan Pertanian telah diwakili oleh Timbalan Pergarah Pertanian Pengembangan, Encik Sulaiman Bin Hashim.

UNTUK GAMBAR SEKITAR LAWATAN. SILA KLIK DI SINI

LAWATAN PETANI HULU PEARK KE PROJEK FERTIGASI LOJING & CAMERON HIGHLAND

GERIK 12 November 2010 - satu lawatan petani-petani fertigasi daerah hulu perak ke projek-projek fertigasi di lojing dan cameron highland telah diadakan pada 10 hingga 11 november lalu. seramai 9 orang petani telah dipilih untuk mengikuti lawatan ini.

Hasil daripada lawatan ini telah berjaya memperkayakan lagi ilmu dan kemahiran petani tentang selok belok projek fertigasi yang akan diaplikasikan di kebun masing-masing selepas pulang daripada lawatan ini.

UNTUK GAMBAR SEKITAR LAWATAN. SILA KLIK DI SINI

KURSUS MEMBUAT BAJA ORGANIK KEPADA PETANI HULU PERAK

GERIK 4 November 2010 - kursus khas kepada petani-petani Hulu Perak seramai 20 orang telah dilaksanakan. Kursus ini mengajar petani untuk membuat baja sendiri dengan menggunakan hasil-hasil buangan daripada kebun mereka sendiri. tujuan utama adalah bagi mengurangkan kos pengeluaran di kebun mereka. Respon daripada peserta amat menggalakkan. peserta turut menjalani latihan praktikal bagi membuat baja jenis FFJ, FPJ dan FAA. Hasil praktikal diberikan kepada petani untuk dicuba di kebun masing-masing

UNTUK GAMBAR SEKITAR KURSUS. SILA KLIK DI SINI

KURSUS & HANDS ON KEPADA PETANI LIMAU NIPIS & PISANG DI LENGGONG

LENGGONG 25 Oktober 2010 - Satu kursus serta hands on pemangkasan pokok limau, membuat benih pisang menggunakan kaedah kuartering serta taklimat program ladang kontrak FAMA telah diadakan di Kampung Baru Padang Gerus, Lenggong. Ianya telah dihadiri oleh lebih dari 40 orang petani tempatan yang sedang mengusahakan tanaman berkaitan.

Diakhir kursus ini, semua peserta amat berpuas hati kerana telah memperolehi maklumat serta ilmu pengetahuan yang tepat tentang perkara-perkara berkaitan. Mereka juga amat mengalu-alukan sekiranya pihak jabatan ingin mengadakan kursus-kursus lain yang berkenaan selepas daripada ini.

Kursus ini telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada Pihak Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian, Pihak FAMA Daerah Hulu Perak dan PPK Lenggong

UNTUK GAMBAR SEKITAR KURSUS. SILA KLIK DI SINI

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTANIAN KE LENGGONG 2010

LENGGONG 9 oktober 2010 - Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Wira Johari Baharum telah melawaat ke projek-projek yang terdapat di bawah rancangan Lenggong Agrovalley. Antara projek yang sempat dilawati adalah Bengkel Pekasam, Ladang Ternakan Rusa Kg Temelong dan Projek Ikan Sangkar Kolej Skilltech, Lenggong.

Di akhir program lawatan beliau telah memaklumkan bahawa program Agrovalley Lenggong ini akan dijadikan program anak angkat beliau dan beliau sendiri akan datang melawat dari semasa ke semasa.

UNTUK GAMBAR SEKITAR LAWATAN. SILA KLIK DI SINI

HARI LADANG DAERAH HULU PERAK

GERIK 19 Julai 2010 - Program Hari Ladang Daerah Hulu Perak telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, En Ariffin Bin Abdul Latiff. Ianya telah dihadiri oleh seramai 250 orang.

Intipati ucapan perasmian oleh tuan pengarah adalah mengenai potensi industri herba yang sangat sesuai untuk diusahakan terutamanya di Daerah Hulu Perak ini. Ianya sangat bersesuaian dengan tema Hari Ladang daerah bagi tahun ini iaitu "Teknologi Tanaman Herba & Rempah Ratus"

UNTUK GAMBAR SEKITAR PROGRAM HARI LADANG 2010. SILA KLIK DI SINI

MADU TUALANG : SANGAT RELEVEN DI DAERAH HULU PERAK

LENGGONG 26 April 2010 - Rancangan Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk mewujudkan Pusat Madu Tualang di Pulau Besar, Tasik Banding dijangkakan akan merancakkan lagi industri madu lebah di negara ini.

MAJLIS DAERAH LENGGONG BERKENAN KEPADA BIM

LENGGONG 26 April 2010 - Perjumpaan bersama Setiausaha Majlis Daerah Lenggong menampakkan jalan perubahan kearah menjadikan Lenggong sebagai salah satu Daerah yang mengamalkan pengurusan secara organik di negeri ini. Tindakan susulan akan diadakan dan pengurusan organik akan dijadikan agenda dalam Program LA21 (Local Agenda) Majlis Daerah Lenggong nanti.

TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGROTOURISM LENGGONG KEPADA NCIA DI PULAU PINANG

PULAU PINANG 23 April 2010 - Mesyuaart khas Agrotourism Lenggong telah diadakan di Pejabat NCIA di Pulau Pinang. Mesyuarat ini adalah bagi membentangkan perancangan program-program agrotourism yang akan dilaksanakan di Lenggong oleh Majlis Daerah. Jabatan Pertanian turut hadir dan membentangkan Produ-produk sokongan yang boleh diketengahkan bagi menjayakan program agrotourism ini. Mesyuarat ini telah diwakili oleh Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Lenggong bersama Setiausaha Majlis Daerah Lenggong dan wakil daripada Muzium Arkeologi Lenggong.

KURSUS BIM KEPADA PARA PEGAWAI JABATAN PERTANIAN DI PLP LEKIR

PLP LEKIR, MANJUNG 20 April 2010 - kursus khas bagi mempelajari teknik terbaru dalam penghasilan BIM serta program brainstorming telah diadakan. Wakil daripada semua daerah telah mempelajari teknik membuat bokashi untuk penghasilan enzim sisa dapur serta teknik menghasilkan BIMball. Kursus berlangsung selama setengah hari.

KURSUS ARCVIEW & GPS JABATAN PERTANIAN DI TITI GANTONG 2010

TITI GANTONG 18 Mac 2010 - satu kursus hands-on tentang penggunaan GPS dan perisian ArcView telah diadakan. 2 orang wakil dari daerah hulu perak telah hadir bagi kursus 2 hari ini. input yang diperolehi amat berguna untuk kerja-kerja di kawasan kelak. Walau bagaimanapun, perisian ini adalah agak sukar dan perlukan banyak latihan untuk menguasainya seterusnya mengaplikasikannya nanti.

MESYUARAT & TINJAUAN TAPAK PROJEK DJBM, GELOK, LENGGONG 2010

LENGGONG 16 Mac 2010 - Satu mesyuarat khas berkaitan projek DJBM Kg Gelok telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini di pejabat pertanian kawasan lenggong. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh seksyen hortikultur, seksyen sains tanah dan wakil daripada ibupejabat. Banyak isu-isu penting yang telah dibincangkan. Bakal peserta projek ini juga turut hadir. Selepas mesyuarat, lawatan ke tapak projek telah dilakukan. Seterusnya para ahli mesyuarat telah dibawa makan tengahari istimewa di restoran tasik raban, lenggong.

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS