A- A A+
Hebahan :
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Teras Perkhidmatan
  • Khidmat Pengembangan

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti pengurusan aduan jabatan kami?

Sangat Berpuas Hati - 52.9%
Tidak Berpuas Hati - 47.1%

Jumlah Undian: 17
Undian ini telah tamat on: %31 %12 %2016 - %00:%Disember
Demo

Tinjauan

 

Khidmat Pengembangan

Ditubuhkan pada tahun 1905, Jabatan Pertanian adalah agensi yang kompeten dan berpengalaman luas dalam pembangunan pertanian, khususnya dalam pengeluaran bahan makanan.

Jabatan Pertanian menawarkan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dalam pelbagai aspek pertanian, meliputi bidang buah-buahan, hortikultur dan tanaman lain, patologi, entomologi, perlindungan tanaman, pengurusan tanah, remote sensing, kejuruteraan pertanian, teknologi biji benih, teknologi aplikasi dan kawalan racun perosak, pemprosesan hasil tani, perundingan pertanian dan khidmat fasilitasi import dan eksport bahan pertanian.

Perkhidmatan ini terbuka kepada pelanggan yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, syariakt dan institusi swasta, koperasi peladang, usahawan, peladang serta individu yang berminat dalam bidang pertanian secara komersil atau kecil-kecilan.

Pendekatan:

Pendekatan dahulu:
Sistem 2L - Pada tahun 1984, pemindahan teknologi oleh agen pengembangan kepada golongan sasar (kumpulan tani) berasaskan 'impact point'.

  1. Berasaskan projek selaras dengan surat Pekeliling Perdana Menteri pada 10 Julai 1984 berkenaan dengan Halacara Baru Pengembangan Kampung dan Luar Bandar, iaitu:-
    • Menggabungkan kebun dan sawah-sawah kecil menjadi estet dengan keluasan atau saiz yang munasabah untuk dirus dengan baik;
    • Menggunakan cara perladangan moden bagi meningkatkan taraf kecekapan;
    • Mengubah keadaan masyarakat desa yang kurang 'monetised' supaya menjadi lebih 'monetised'
  2. Pemindahan teknologi kepada golongan sasar berasarkan projek (projek kelompok) mulai tahun 1984 menggantikan Sistem 2L.

Pendekatan sekarang :

SISTEM PENGEMBANGAN TEKNO PERTANIAN (SPTP)


A. TUJUAN
1. Memperkasakan sistem penyampaian jabatan.
2. Memperkasakan petani dalam proses membuat keputusan.
3. Meningkatkan impak projek melalui teknologi.
4. Meningkatkan produktiviti, pendapatan dan kualiti hidup kumpulan sasar.

B
. ELEMEN ASAS SPTP

1. Latihan agen pengembangan.
2. Lawatan Pengembangan.
3. Penyampaian Teknologi.
4. Penglibatan Pegawai Pakar Teknikal.
5. Pengamalan GAP dan GMP sebagai pengisian utama.
6. Keperluan kumpulan sasar dan keadaan setempat.
7. Melibatkan petani secara aktif .

C. PERANCANGAN SPTP

Perancangan pengembangan adalah melibatkan :

1. Pengenalpastian masalah kawasan dan kehendak petani.

2. Menentukan teknologi yang sesuai untuk disampaikan.

3. Merancang aktiviti pengembangan termasuk mengenalpasti pegawai-pegawai

yang terlibat, kaedah pengembangan yang bersesuaian.

4. Merangka pelan tindakan yang berjadual yang melibatkan penyertaan kumpulan

sasar terutama pada peringkat kawasan perkhidmatan.

D. PELAKSANAAN SPTP

Berpandukan kepada jadual pelaksanaan yang ditentukan semasa perancangan pasukan petugas daripada pelbagai bidang yang telah diwujudkan akan terus terlibat dalam pelaksanaan projek bagi memastikan semua perancangan dan teknologi dilaksanakan. Pemindahan teknologi adalah fokus utama pelaksanaan SPTP.

E. PEMANTAUAN SPTP

Pemantauan SPTP dijalankan oleh Pasukan Pakar dan ia menitikberatkan kepada keperluan amalan teknologi yang betul dan penyelesaian masalah teknikal semasa serta syor tindakan penambahbaikan amalan teknologi tanaman selaras dengan GAP.

F. PENILAIAN SPTP

Penilaian perlu dibuat bagi menentukan tahap pencapaian petani/usahawan, pelanggan dan kumpulan sasar setelah diberi kursus, latihan gotong royong, hands on dan lain-lain. Pencapaian boleh diukur dengan menentukan jumlah peningkatan hasil, penerimaan sijil SALM, penggunaan teknologi terkini dan lain-lain.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar terdiri daripada petani (kelompok dan luar kelompok), kumpulan pengembangan wanita (KPW), usahawan, individu, swasta dan agensi kerajaan.


Konsep Perladangan Berkelompok

Projek kelompok adalah satu usaha perladangan di mana kebun-kebun petani dikelompokkan di bawah satu jawatankuasa pengurusan yang dilantik dari kalangan petani berdasarkan konsep permuafakatan, bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran ladang seterusnya pendapatan petani melalui pengusahaan ladang secara komersil.

Kriteria / ciri-ciri Projek Kelompok

  • Meliputi lot-lot tanah sama ada bersambungan (contiguous) / berselerak dalam kawasan tertentu yang boleh diurus secara berkesan.
  • Mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 3 keluarga tani / pengusaha.
  • Komoditi / tanaman yang terlibat boleh melebihi dari satu.
  • Diurus oleh satu J/K Pengurusan Projek yang dilantik dari kalangan ahli.
  • Mempunyai satu unit pengeluaran komersial dan berdaya maju.

Faedah

Berorientasikan Projek / Bisnes Komersil

  • Pemusatan Servis Jabatan / Agensi kepada Pembangunan Projek & Manusia
  • Khidmat Nasihat / Latihan
  • Bantuan / Insentif Pertanian – Infra. ladang, input pertanian
  • Kredit Pertanian (Bank Pertanian, PPK dll.) - “Pembelian secara Pukal” input pertanian
  • Pengurusan Pemasaran (“Organized Marketing”)
  • Membina Kepimpinan Petani melalui J/K Pengurusan Projek

Perkhidmatan:

Perkhidmatan Pengembangan Perladangan Kelompok

  • Membangunkan tanah petani yang bersaiz kecil untuk menjadikan ladang berskala besar melalui penggabungan fizikal dan permuafakatan petani
  • Pemusatan perkhidmatan jabatan / agensi

    - khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek
    - petak demonstrasi
    - lawatan belajar ke projek-projek yang berjaya
    - bantuan / insentif pertanian
    - perolehan input secara pukal
    - pemasaran hasil pertanian
  • Perlaksanaan projek berdasarkan pelan bisnes, pakej teknologi dan manual kerja pengembangan


Perkhidmatan Pengembangan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)

  • Mengembelingkan kumpulan wanita tani dan usahawan dalam akvititi kesejahteraan dan ekonomi keluarga seperti pemprosesan makanan.
  • Pemusatan perkhidmatan jabatan / agensi
    - khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek keusahawanan
    - bimbingan kilang/bengkel bertaraf GMP
    - bantuan pinjaman peralatan
    - pembangunan dan pemasaran produk prosesan
  • Pelaksanaan projek berdasarkan pelan perniagaan


Perkhidmatan Pengembangan Usahawan / Belia Tani

  • Membangunkan usahawan, belia-belia dan pelajar-pelajar lepasan IP, IPT dan program JAEC menceburkan diri dalam bidang pertanian komersial sebagai petani pelapis moden.
  • Program-program
    - bimbingan/khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek program inkubator selama 6 bulan.
    - penempatan dan bimbingan di lokasi projek seperti di TKPM, tanah terbiar dan tanah sendiri.
    - bantuan/insentif pertanian
    - pemasaran hasil pertanian
    - perlaksanaan
  • Perlaksaaan projek berdasarkan pelan bisnes, pakej teknologi dan manual kerja pengembangan.
  • Bagi usahawan dan syarikat yang melabur dalam bidang pertanian, dikhususkan perkhidmatan seperti berikut:-
    - penyiasatan kesesuian tanah dan air
    - kajian kesesuaian agroiklim
    - pengesyoran tanaman/produk
    - pakej teknologi
    - bimbingan penyediaan kertas kerja/pelan bisnes bantu dalam urusasn pinjaman