A- A A+
Hebahan :

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti pengurusan aduan jabatan kami?

Sangat Berpuas Hati - 52.9%
Tidak Berpuas Hati - 47.1%

Jumlah Undian: 17
Undian ini telah tamat on: %31 %12 %2016 - %00:%Disember
Demo

Tinjauan

 

Dr Pokok

Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?

Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:

  • Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
  • Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
  • Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
  • Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:

  • Diagnostik Masalah Tanaman.
  • Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
  • Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
  • Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
  • Pembangunan Sumber Manusia.
  • Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
  • Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
  • Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
  • Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
  • Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
  • Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
  • Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
  • Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
  • Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
  • Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
  • Khidmat Analisa Makmal.
  • Pemasaran Hasil Pertanian.
  • Maklumat Statistik Pertanian.
Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
  • Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
  • Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
  • Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.
Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:

  • Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
  • Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
  • Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
  • Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
  • Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?

Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:

Kaunter Klinik Pengembangan

di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.

Kaunter Bergerak

Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Kaunter Perkhidmatan On-Call

Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:

· Putrajaya 03 - 8870 3000

· Johor 07 - 235 5506/07

· Melaka 06 - 232 4318

· Negeri Sembilan 06 - 765 9760

· Selangor 03 - 5544 5440

· Perak 05 - 254 1999

· Pulau Pinang 04 - 537 2144

· Kedah 04 - 777 5000/03

· Perlis 04 - 938 4466

· Pahang 09 - 573 3133

· Terengganu 09 - 627 4191/89

· Kelantan 09 - 744 2400

· Labuan 087 - 408 513/14

Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok

Emel sahaja pertanyaan anda kepada :