A- A A+
Hebahan :

Adakah anda berpuas hati dengan kualiti pengurusan aduan jabatan kami?

Sangat Berpuas Hati - 52.9%
Tidak Berpuas Hati - 47.1%

Jumlah Undian: 17
Undian ini telah tamat on: %31 %12 %2016 - %00:%Disember
Demo

Tinjauan

 

Hortikultur

Bil Soalan Jawapan
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
1. Bagaimanakah hendak menyertai TKPM? Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.  Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.
2. Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera? Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).
3. Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama,adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta? Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu.  Peserta projek silih berganti oleh itu tapak projek tidak akan diberi hak milik.
Pusat Pengeluaran Benih Sayuran dan Tanaman Ladang
Soalan Dimanakah boleh kami mendapatkan benih sayuran? Dan apakah jenis benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian?
Jawapan

Benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian serta pusat pengeluaran sayuran adalah seperti berikut:

Bil Pusat Pengeluaran Benih  Jenis Tanaman
1. Stesyen Pembangunan Komoditi Titi Gantung, Perak Jagung, Sengkuang
2. Stesyen Pembangunan Komoditi Serdang, Selangor Benih Asas - Bendi, cili, Peria, Petola, Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis
3. Stesyen Pembangunan Komoditi Rompin, Pahang Keledek, bendi, petola, kacang Panjang, kacang Buncis, timun
4. Stesyen Pembangunan Komoditi IPRS Pontian, Johor Keledek, Ubi Kayu
5. Stesyen Pembangunan Komoditi  Melor, Lundang  Kelantan Bendi, Petola, Keledek, Ubi Kayu
6. Stesyen Pembangunan Komoditi  Rhu Tapai, Padang Ipoh, Terengganu Jagung, Bendi, petola, kacang Panjang , kacang Buncis, cili, timun,Keledek
7. Stesyen Pembangunan Komoditi Pulau Gadong, Melaka Bayam