A- A A+
Announcement :
  • Utama
  • Focus
  • Projek Perdana
  • IADA

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

IADA

IADA: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu

Pendahuluan

Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967. Sejak tahun itu, konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) hampir keseluruh negara. Struktur organisasi dan pengurusan yang diamalkan oleh IADA dibahagi kepada dua bentuk, iaitu secara "korporat" atau "lembaga" seperti diamalkan oleh MADA dan KADA serta model pengurusan secara penyelarasan bagi IADA-IADA lain. Pasa asasnya, pendekatan pembangunan pertanian bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan insfrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.

Objektif

Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau bagaimana pun secara amnya objektif IADA adalah untuk :-

Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan

Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dam mampu bersaing dengan pasaran dalam dan luar negeri

Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan.

Meningkat purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010.

Skop Dan Fungsi IADA

Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan insfrastruktur pertanian dan pembangunan sub- sektor tanaman, perikanan, dan ternakan secara "in situ".

Fungsi utama IADA ialah:

Meningkatkan insfrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu

Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian.

Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan

Mengukuhkan perkhidmatan Agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang

Mulai Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) dan dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang terhad, skop pelaksanaan IADA telah difokuskan kepada pembangunan kawasan jelapang padi negara. IADA-IADA bukan jelapang padi, kecuali IADA Samarahan dan Kalaka Saribas di Sarawak, telah ditutup dan hanya IADA-IADA Barat laut selangor, Seberang Perak, Kerian Sg. Manik, Kemasin Semerak, Pulau Pinang dan KETARA yang melibatkan kawasan jelapang padi diteruskan pelaksanaannya.

Kawasan Operasi

Saiz keseluruhan kawasan operasi IADA jelapang padi berjumlah 923,565 hektar yang mana 482,580 hektar atau 52 peratus daripadanya merupakan kawasan pertanian dan bakinya seluas 440,985 hektar kawasan bukan pertanian (Jadual 1). Kira-kira 42 peratus daripada kawasan pertanian kira-kira seluas 204,374 hektar adalah kawasan padi yang hampir semuanya diusahakan dua kali setahun.

Jadual 1:Saiz Fizikal IADA


Jelapang

Luas Kawasan (ha)

Padi

Projek

Pertanian


MADA

126,155

109,501

96,558


KADA

82,900

64,555

31,464


Kerian Sg. Manik

66,282

30,560

27,825


Barat Laut Selangor

199,199

82,044

18,590


Pulau Pinang

104,636

67,095

10,138


Seberang Perak

17,307

16,437

8,529


Ketara

258,736

65,828

5,110


Kemasin Semerak

68,350

46,560

6,160

Jumlah

923,565

482,580

204,374