A- A A+
Announcement :
  • Utama
  • Focus
  • Projek Berimpak Tinggi (HIP)
  • IAT

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

Industri Asas Tani (IAT)

PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (UIAT) (di bawah kendalian Bahagian Industri Tani Kementerian)

 

Sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 5% bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Sektor ini diberi nafas baru untuk menjadi tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, salah satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan melancarkan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional.

Tujuan program ini adalah untuk membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk ke pasaran global. Sehubungan dengan ini, aspek promosi, pemasaran, pembiayaan dan teknologi akan diberi tumpuan sebagai pemangkin ke arah mencapai objektif program ini.

Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pemprosesan atau nilai ditambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah peningkatan pendapatan kepada masyarakat tani.

Dalam usaha menjayakan program tersebut, Kemeneterian turut merancang beberapa program utama melalui lima strategi seperti peningkatan modal insan, peningkatan keupayaan pengeluar, peningkatan kualiti produk, pembangunan dan pengembangan produk, serta pembangunan penjenamaan, promosi dan pemasaran. Apa yang pasti, bagi kelima-lima strategi tersebut objektifnya dalah untuk:

 

1. Membangunkan dan mengembangkan aktiviti pemprosesan atau nilai tambah produk agro-makanan dengan menambah penglibatan usahawan dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian atau nilai tambah produk agro makanan.

 

2. Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran dan rangkaian global melalui penggunaan teknologi pemprosesan moden, pembungkusan yang berinovatif bagi memenuhi kehendak pengguna serta pasaran tempatan dan luar negara. Usaha ini diambil untuk memperkukuh pasaran tradisional dan menembusi pasaran baru berasaskan pematuhan kepada keperluan antarabangsa seperti persijilan halal, GHP, GMP, HACCP, MQAS dan VHM.

 

3.Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan dengan penglibatan lebih serius individu dan perkumpulan usahawan petani, penternak dan nelayan dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian. Penekanan diberikan menerusi aktiviti tambahan dan nilai tambah ‘value added’ yang tinggi di mana boleh menjana pendapatan tambahan kepada mereka.


Dalam RMK-9, Kementerian mensasarkan untuk membangunkan 10,000 usahawan industri asas tani. Usahawan naik taraf disasarkan mendapat pulangan/pendapatan bersih minimum RM 2,000 sebulan. Sekurang-kurangnya 20% jumlah usahawan akan ditingkatkan kualiti produk ke tahap yang menepati persijilan antrabangsa. Sehingga Julai 2009, seramai 12,149 usahawan berjaya dicapai daripada 10,000 usahawan yang disasarkan. Ini menunjukkan komitmen Kementerian dalam membangunkan usahawan naik taraf telah berjaya mencapai sasarannya.